Hari yang sesuai untuk Melakukan Hubungan Seks


Apakah hari yang sesuai untuk melakukan hubungan seks

Seterusnya mendapat zuriat daripada perhubungan tersebut. 

Jika mahu hamil hasil daripada hubungan seks, hendaklah, perhubungan itu dilakukan ketika atau pada hari ovulasi, di mana telur ovum akan dikeluarkan pada ovari. 

Sebagai contoh, jika kitaran haid seorang perempuan adalah 28 hari (berbeza mengikut perempuan) - 14 hari iaitu 14 hari. Jadinya hari ke 14 adalah hari subur. Jika kitaran haid adalah 30 hari, 30-14 hari, jadinya hari ke 16 adalah hari yang subur. Sekiranya kitaran haid adalah 35 hari, maka 35-14, maka hari ke 21 adalah waktu subur. 

Kenapa 14 hari? 

Kesan kehamilan kepada fibroid



Fibroid merupakan ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. 

Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid juga mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut. 

Bilangan sperma pengaruhi peluang hamil



Soalan Saya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini? 

Risya, Kedah 

Jawapan 

Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik. Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu.