Tips Kurus Bulan Puasa!

share and show love


Rakyat Malaysia, memang tidak dinafikan, ramai yang obes. Bulan puasa seharusnya menjadi satu masa untuk merasai lapar dan dahaga agar bertambah ketaqwaan kita. Dan akhir Ramadhan, kita mengharapkan keampunan daripada Allah.

Selalu, ramai yang setelah berbuka puasa, makan terlebih, dek kerana tidak dapat menahan gelora nafsu ketika di Bazar Ramadhan. Tidak cukup dengan berbuka puasa, ditambah lagi dengan moreh, jadi bulan puasa hanya menambahkan berat badan anda.

Jadi bagaimana?

Sedikit tips kuruskan badan terutama di bulan puasa.

Tips kuruskan badan 1, tak perlu tahan makan yang melampau. Rahsianya, makan kurang daripada nilai kalori yang diperlukan oleh badan anda. Untuk itu, anda kena tahu macam mana untuk kira kalori anda sekarang dan kalori yang diperlukan oleh badan anda.

Jadual pemakanan yang rapi amat perlu untuk menguruskan berat badan, elakkan makanan yang tinggi kalori ketika berbuka puasa.

Antara makanan yang berkalori tinggi ketika berbuka puasa adalah yang bergoreng dan berminyak.

1) Pemakanan seimbang (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, fiber)

2) Senaman berkala (beberapa minit setiap sesi 3 ke 5 kali dalam seminggu) ditambah lagi dengan lapar dan dahaga di bulan puasa memudahkan dan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

3) Elakkan berbuka puasa dengan air berkarbonat, kerana sepertimana yang anda juga tahu, air berkarbonat mempunyai kadar peratusan gula yang tinggi iaitu 9 sudu gula. Sangat manis dan tidak berkhasiat untuk tubuh badan anda. Juga tidak sesuai untuk diet kurus anda. Jika anda ingin cepat langsing ketika bulan puasa, elakkan minuman berkarbonat ini.

4) Banyakkan meminum air masak berbanding air bergula lainnya.

5) Tahan nafsu ketika di bazar ramadhan dan beli makanan mengikut keperluan sahaja.

 

6) Makan kurang daripada keperluan kalori kita dalam sehari, dan di tambah dengan teknik senaman berkala, 2 minggu sekali. Senaman tidak semestinya jogging sahaja, senaman yang betul yang dapat membakar lemak dengan pantas adalah lebih baik.

Itu hanya sebahagian sahaja, saya akui ada banyak tips lain untuk kuruskan badan. Atau...

Jika korang amalkan tips dalam ebook Formula Kurus ini, korang akan dapat mengamalkan program penurunan berat badan sendiri dengan teknik senaman dan keperluan diet pemakanan yang betul.

1 ebook dengan 2 bonus ebook, kekal cantik dalam islam, teknik bakar lemak, pelan 14 hari turunkan berat badan serta 3 video bonus formula bakar lemak. Semua dengan harga RM47. Sungguh mudah. Dapat join healthy facebook group , bolehlah bertukar-tukar idea selepas ini, dan menginspirasi yang lain. 

Semoga mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

comments