Hari yang sesuai untuk Melakukan Hubungan Seks
Apakah hari yang sesuai untuk melakukan hubungan seks?
Seterusnya mendapat zuriat daripada perhubungan tersebut.
Jika mahu hamil hasil daripada hubungan seks, hendaklah, perhubungan itu dilakukan ketika atau pada hari ovulasi, di mana telur ovum akan dikeluarkan pada ovari.
Sebagai contoh, jika kitaran haid seorang perempuan adalah 28 hari (berbeza mengikut perempuan) - 14 hari iaitu 14 hari. Jadinya hari ke 14 adalah hari subur. Jika kitaran haid adalah 30 hari, 30-14 hari, jadinya hari ke 16 adalah hari yang subur. Sekiranya kitaran haid adalah 35 hari, maka 35-14, maka hari ke 21 adalah waktu subur.
Kenapa 14 hari?
Dalam kitaran haid, fasa luteal berlaku selepas 14 hari ovulasi iaitu hari subur. Sekiranya kitaran adalah tetap iaitu 28 hari, maka lebih mudah untuk mengira kitaran haid. Sekiranya kitaran tidak tetap, maka agak sukar untuk menentukan kitaran haid.
Begitulah perkongsian kali ini, jika anda masih mencuba, saya sarankan ebook Panduan Mudah Hamil ini untuk cara pengiraan yang lebih detail tentang perkiraan waktu subur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment