Khasiat Buah Kurma Untuk Berbuka Puasa

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan kawasan tanah yang kering serta mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

Tips Hamil secara mudah dan pantas

Tips Hamil secara mudah dan pantas

Apakah tips kehamilan yang betul, harapnya dengan doa yang berterusan, cita-cita untuk mendapatkan zuriat tercapai. Apapun, sedikit tips mudah untuk mencapat zuriat yang diinginkan.

1. Berdoa, kerana itulah senjata yang paling utama. Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki anak, bukan hasil usaha kita. Apa yang kita lakukan hanyalah satu ikhtiar. Banyakkan berdoa.

2. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

Petua Ringkas Untuk Cepat Hamil

Sedikit perkongsian petua mudah hamil, harap amalkan dan semoga anda juga memperoleh zuriat dengan izin Allah.


Jika anda serious untuk memperolehi zuriat, mungkin tips di bawah ini akan banyak membantu. Harapnya perkongsian tips hubungan seks ini bukan perkara lucah, tetapi lebih pada perkongsian ilmu.

Tips yang pertama 30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya. Tips ini berguna untuk lelaki dan perempuan. Susah jika semasa sedang melakukan hubungan seks, pasangan minta berhenti kerana hendak buang air.

Tips kedua adalah setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun. sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.